Solat Jumaat di Parit Lapis

Jumaat – Sudah menjadi agenda dan kewajiban seorang wakil rakyat untuk sentiasa mendekati rakyat atas sebab mereka adalah golongan dipilih dalam memberi khidmat dan membela keseluruhan masyarakat setempat.

Dengan ingin bersama masyarakat terus ke akar umbi secara langsung ia dapat di manfaatkan bersama kerana pimpinan tertinggi setempat dapat terus mendengar suara hati rakyat dan bertindak dalam menyelsaikan permasalahan mereka.Begitu juga menjadi keutamaan bagi YB Datuk Ab Aziz Bin Kaprawi.

Sebagai Wakil Rakyat di DUN Parit Raja memerlukan untuk beliau memberi sepenuh komitmen dan khidmat kepada masyarakat setempat.YB Datuk Aziz sentiasa mencari ruang dan peluang dalam mendekati rakyat kerana beliau sedar tanpa mereka tidak mungkin untuk beliau bergelar pemimpin dan disegani.

Antara yang menjadi kemestian YB Datuk Aziz dalam agendanya di DUN Parit Raja adalah solat Jumaat bersama masyarakat di setiap masjid dan surau saban minggu.Melalui cara ini dapatlah beliau mengimarahkan masjid dan surau serta agenda berbentuk keagamaan bersama-sama masyarkat juga ukhwah dapat terjalin lebih erat.

Pada 3 Disember 2010, di Masjid Kg Parit Lapis Kadir, Mk10 telah menjadi pilihan YB Datuk Aziz untuk menunaikan solat Jumaat.Selepas selesai dengan solat Jumaat YB Datuk Aziz telah dipersilakan untuk menyampaikan amanat dan kata-kata aluan.Dalam ucapannya seperti kebiasaan YB Datuk Aziz memberitahu akan peri pentingnya kesatuan sesama umat islam dan orang Melayu serta perlu ada transformasi ekonomi agar umat dan bangsa kita dapat terus mendepani cabaran dunia yang penuh fana ini.

Selesai agenda itu, YB Datuk Aziz bersama-sama masyarkat setempat telah menikmati hidangan yang tersedia seadanya.Akhirnya agenda tersebut ditutup dengan lawatan YB Datuk Aziz ke beberapa rumah insan kurang bernasib baik untuk bertanya khabar dan memberi sumbangan seadanya.YB Datuk Aziz kelihatan sangat berpuas hati dan gembira kerana dapat menunaikan kewajiban dan amanah sebagai seorang Wakil Rakyat yang baik walaupun atas komitmen menjawat jawatan penting dalam Kerajaan Negeri Johor.

FacebookPrintFriendlyWhatsAppEmailLinkedInPinterestGoogle+DiggDeliciousLain-lain
This entry was posted in mesra rakyat. Bookmark the permalink.

Facebook comments:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>