REVOLUSI BARU

Allhamdullilah syukur kehadrat Allah SWT berakhir sudah perjalanan mesyuarat  UMNO bagi setiap cawangan di Bahagian Sri Gading dengan jayanya. Kini para perwakilan dari setiap cawangan bersiap sedia untuk berada di pentas yang lebih besar mambawa usul yang telah diperbahaskan untuk dipersembahkan di persidangan Bahagian. Ini yang unik dan menjadi tradisi UMNO yang bersistematik dalam menyampaikan segala pendapat dan menterjemahkan ketidak kepuasan bagi menyelesaikan segala permasalahan. Tahniah saya ucapkan kepada seluruh ORANG UMNO yang terus bersedia berkhidmat dibawah panji keramat bagi memertabatkan Agama , Bangsa dan Negara. Baca Lagi »

LET TOMORROW BE BETTER THAN TODAY – SELAMAT MENYAMBUT HARI BELIA

“Jangan Kau Tanya Apa Yang Negara Sumbangkan Untuk Kamu , Tetapi Tanyalah Apa Yang Kamu sumbangkan Untuk Negara” kata kata ini sering menjadi semangat dan penguat untuk saya terus memberikan perhatian dan semangat dalam mempastikan saya memberikan tumpuan didalam menjayakan hasrat pembangunan negara saya yang tercinta.

Saya juga pernah melalui zaman belia dalam arus pembangunan negara. Terlalu banyak rasanya jasa dan peluang yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan berikan kepada para belia sebelum dan masa kini. Apakah masih belum mampu untuk kita mengucapkan TERIMA KASIH diatas limpah dan rahmat melalui anugerah yang kita kecapi masa kini.

Sejajar dengan itu sya meraskan sudah sampai masanya para beliawan dan beliawanis mengembeling tenaga dalam usaha mencapai hasrat kepempinan melalui TRANSFORMASI seperti yang di laungkan oleh Y.A.B Perdana Menteri  ” JADIKAN HARI ESOK LEBIH BAIK DARI HARI INI. Ayuh anda adalah pelapis dan generasi yang bakal membawa kecemerlangan menuju wawasan 2020 bagi menjadikan kita sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi. Bangkit bersama dalam pembangunan Ummah , Ekonomi , Sosial dan kesejahteraan kita bersama.

Tiada yang mustahil andai kita hanya berpeluk tubuh ‘ BULAT AIR KERANA PEMBENTUNG BULAT KATA  KERANA MUAFAKAT ‘ . Jadikan segala landasan yang telah disediakan dengan menyuarakan segala pandangan merupakan satu lagi bukti kerajaan sedia mendengar suara dan aspirasi pewaris negara. Saya bergitu yakin dengan konsep yang dilakukan ini Malaysia akan terus berada dilandasan yang benar dan terbaik bagi melunaskan janji ditepati menjurus kepada semangat RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN.

SELAMAT HARI BELIA

TERIMA KASIH CIKGU…..



Tarikh 16 Mei telah dijadikan sebagi tarikh bagi menghargai akan jasa dan kepimpinan seorang insan yang digelar CIKGU.Terikh ini dipilih kerana pada tahun 1956 Majlis Undang Undang Persekutuan Tanah Melayu telah menerima cadangan Jawatankuasa Pelajaran sebagi dasar pelajaran diMalaysia bagi memberi penghargaan dan pengitarafan terhadap pengorbanan guru-guru. Baca Lagi »